Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali

Bergerak di bawah lunas Islam akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih wasatiyyah...

Lebih lanjut...

Dato' Aidit Bin Ghazali

JATI perlu menjadi wadah harapan umat yang sedang mencari jawapan di persimpangan hidup...

Lebih lanjut...

Tuan Haji Noor Azizan

Mempunyai modal insan dan dan kerohanian yang cemerlang merupakan satu anugerah Allah...

Lebih lanjut...

Datuk Dr Haji Sidek Baba

JATI diharapkan menjadi teras pemersatu umat islam di Malaysia... impian semua insan...

Lebih lanjut...

video

KENYATAAN BAPA SAIFUL BUKHARI SEBAGAI PERCUBAAN MEMBERSIHKAN IMEJ MORAL ANWAR IBRAHIM

by

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau.

Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri.

Info selanjutnya…
(more…)

Peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah merupakan satu catitan sejarah hitam di negara ini. Musuh-musuh negara termasuk yang berpengkalan di negara jiran mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang di anggap mereka sebagai satu perjuangan di samping gembira melihat nama baik Malaysia tercemar.

Stand-off yang agak lama ini dikatakan untuk memberi ruang rundingan yang berlangsung antara pemberontak dengan Pihak Berkuasa Malaysia. Hanya mereka yang biasa dengan keadaan kritikal sedemikian boleh menghargai apa yang sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak terutama di pihak Kerajaan Malaysia.

Adalah difahamkan ruang dan peluang secukupnya telahpun diberikan kepada penceroboh. Pada masa yang sama, pihak berkuasa Malaysia sering berhubung dengan pihak berkuasa Filipina demi menentukan wujudnya kerjasama dan kesefahaman di dalam menangani masalah yang melibatkan pemberontak-pemberontak yang sebahagian daripada anggota mereka terdiri daripada penyokong-penyokong fanatik yang dikatakan mengambil arahan daripada pimpinan mereka tanpa mempersoalkan.

Begitulah cermat dan telitinya tindakan yang di ambil Pasukan Keselamatan. Tidak ada sebutir pelurupun yang dilepaskan walaupun masa yang di ambil agak begitu lama sehingga ada setengah pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan jarak masa yang diberikan untuk berunding.

Apa yang mendukacitakan sebahagian daripada pimpinan pembangkang bukan sahaja melihat peristiwa ini sebagai sesuatu yang genting dan mempunyai implikasi yang agak besar kepada keselamatan Negara.

Sebaliknya mereka menghentam tindakan yang diambil dan menyalahkan pihak-pihak yang berurusan dengan pemberontak tanpa menyedari betapa sulitnya rundingan yang diadakan kerana ianya melibatkan pemberontak yang mempunyai budaya mereka yang tersendiri.

Bagi tukang penempelak apa sahaja tindakan yang di ambil samada berunding atau tindakan bersenjata yang lebih decisive, bagi mereka kedua-duanya sama sahaja.

Memilih alternatif satu yakni berunding pun akan menerima caci nista. Seandainya pihak yang berwajib terus memilih alternatif ketenteraan yang lebih decisive pun akan dijaja sebagai tidak cermat dan gagal mengambil perhitungan kepada hubungan geografi dan budaya yang terjalin sekian lamanya antara Kesultanan Sulu dengan Sabah.

Bahkan setelah berlaku pertumpahan darah dengan mengorbankan 2 orang komando dan mencederakan 3 yang lain dengan 12 orang pemberontak tumpas dan 10 menyerah diri, itupun dikatakan Pihak Berkuasa Malaysia masih bermain sandiwara.

Info selanjutnya…
(more…)

Isu Kalimah Allah nampaknya tidak reda-reda lagi. Kita boleh faham isu ini tidak akan menjadi muktamad disebabkan ianya mempunyai pengertian dan implikasi yang sangat berbeza di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Umum mengetahui bahawa Majlis Syura Ulama PAS tanpa ragu-ragu dengan keputusan sebulat suara tidak membenarkan Kalimah Allah diterjemahkan dan diguna oleh masyarakat bukan Islam khususnya dikalangan penganut Kristian dalam Bible berhasa Melayu.

Sementara Majlis Presiden Pakatan Rakyat melalui kenyataan yang dibacakan oleh Presiden PAS bahawa Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan Kalimah Allah setakat yang tidak merujuk kepada pengertian Al-Qurannya.

Anwar Ibrahim dalam ceramah politik di Ketereh baru-baru ini di hadapan ahli dan penyokong PAS meletakkan tanggungjawab membuat rumusan Majlis Presiden Pakatan kepada Ust Hadi Awang.

Dikatakan Ust Hadi Awanglah yang melakarkan kenyataan dan membacakannya dan teks itu jugalah yang dipersetujui oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Info selanjutnya…
(more…)

Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.

Rata-ratanya rakyat samada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim.

Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk Negara.

Info selanjutnya…
(more…)

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut:

Info selanjutnya…
(more…)