Strict Standards: Declaration of WpLatteCommentWalker::start_lvl() should be compatible with Walker_Comment::start_lvl(&$output, $depth = 0, $args = Array) in /home/jatiaorg/public_html/blog/wp-content/themes/creator/AIT/Framework/WpLatte/WpLatteCommentWalker.php on line 39

Strict Standards: Declaration of WpLatteCommentWalker::end_lvl() should be compatible with Walker_Comment::end_lvl(&$output, $depth = 0, $args = Array) in /home/jatiaorg/public_html/blog/wp-content/themes/creator/AIT/Framework/WpLatte/WpLatteCommentWalker.php on line 39

Strict Standards: Declaration of WpLatteCommentWalker::end_el() should be compatible with Walker_Comment::end_el(&$output, $comment, $depth = 0, $args = Array) in /home/jatiaorg/public_html/blog/wp-content/themes/creator/AIT/Framework/WpLatte/WpLatteCommentWalker.php on line 39

Strict Standards: Non-static method nggGallery::get_theme_css_file() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/jatiaorg/public_html/blog/wp-content/plugins/nextgen-gallery/nggallery.php on line 426
KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS | Blog Rasmi JATI
Strict Standards: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, non-static method nggGallery::nextgen_version() should not be called statically in /home/jatiaorg/public_html/blog/wp-includes/plugin.php on line 403

Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali

Bergerak di bawah lunas Islam akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih wasatiyyah...

Lebih lanjut...

Dato' Aidit Bin Ghazali

JATI perlu menjadi wadah harapan umat yang sedang mencari jawapan di persimpangan hidup...

Lebih lanjut...

Tuan Haji Noor Azizan

Mempunyai modal insan dan dan kerohanian yang cemerlang merupakan satu anugerah Allah...

Lebih lanjut...

Datuk Dr Haji Sidek Baba

JATI diharapkan menjadi teras pemersatu umat islam di Malaysia... impian semua insan...

Lebih lanjut...

video

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS


Strict Standards: Non-static method nggGallery::get_option() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/jatiaorg/public_html/blog/wp-content/plugins/nextgen-gallery/lib/shortcodes.php on line 47

Potensi YB Ustaz Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ustaz Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ustaz Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ustaz Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ustaz Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas.

Info selanjutnya….

Ustaz Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

Ustaz Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ustaz Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ustaz Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin.

Beliau mempunyai pendedahan yang luas di bidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ustaz Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik di limpahkan oleh Allah SWT kepada Ustaz Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>