Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali

Bergerak di bawah lunas Islam akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih wasatiyyah...

Lebih lanjut...

Dato' Aidit Bin Ghazali

JATI perlu menjadi wadah harapan umat yang sedang mencari jawapan di persimpangan hidup...

Lebih lanjut...

Tuan Haji Noor Azizan

Mempunyai modal insan dan dan kerohanian yang cemerlang merupakan satu anugerah Allah...

Lebih lanjut...

Datuk Dr Haji Sidek Baba

JATI diharapkan menjadi teras pemersatu umat islam di Malaysia... impian semua insan...

Lebih lanjut...

video

KENYATAAN YB DATO DR HASAN ALI MENGENAI ISU UNDANG-UNDANG KECIL MPKB

Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut.

Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini.

Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini.

Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan Islam.

Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam.

Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka?

Info selanjutnya…

Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di sebalik undang-undang kecil tersebut.

Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
15 November, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>